Saturday, March 12, 2011

Takaful terbaru : Takaful Ummah / Takaful Haji

Pakej takaful ummah adalah simpanan untuk menunaikan haji atau umrah di Mekah. Min adalah RM60/- sbln. Apa beza membuat simpanan di tabung haji dengan simpanan di takaful ummah ni? Memang ada perbezaannya:

1. Simpanan tabung haji vs pakej takaful ummah

Tabung haji = simpanan sahaja

Takaful ummah = simpanan + protection

Kaabah

2. Badal haji (upah haji)

Tabung haji = kalau meninggal, simpanan akan disimpan di Amanah Raya selama 2-3 tahun
sebelum diberikan kepada pewaris. Then, kemungkinan pewaris akan menggunakan simpanan
tersebut untuk buat badal haji (kalau pewaris mampu).

Takaful ummah = kalau meninggal, Prudential takaful ummah akan beri RM3000 percuma (tanpa menggunakan sesen pun dari duit simpanan) untuk travel agen dari tabung haji untuk buat badal haji pada si mati. Tak perlu nak tunggu duit yang disimpan di amanah raya atau menggunakan pewaris untuk buat badal haji tersebut.

3. Berlaku kemalangan (kematian / hilang upaya kekal) ketika menunaikan haji atau umrah

Tabung haji = Jika berlaku kemalangan semasa menunaikan haji/umrah, nescaya la kena pakai duit sendiri utk kaver kita sewaktu kecemasan..last2 pakai duit simpanan.. betul x?

Takaful ummah = Jika berlaku kemalangan semasa menunaikan haji/umrah, contohnya duit perlindungan yang dalam polisi adalah RM20000 akan menjadi RM40000 dimana prudential takaful ummah akan gandakan duit perlindungan itu. Nampak menarik bukan?

4. Jaminan Haji?

Tabung haji = belum tentu

Takaful Ummah = InsyaAllah confirm Haji... =)

Secara Perbandingan…


Tabung Haji Bank/ASB PruBSN Ummah
Simpanan Ada Ada Ada
Rawatan Penyakit kritikal Tiada Tiada Ada
Badal Haji (Upah Haji) Tiada Tiada Percuma
Gantian pendapatan kepada keluarga Tiada Tiada Ada
Gantian pendapatan Hilang Upaya Tiada Tiada Ada
Khairiat Kematian (Pengebumian) Tiada Tiada Percuma
Bonus Loyalti Tiada Tiada Ada
Gantian Pendapatan Berganda Tiada Tiada Ada

Untuk Keterangan Lanjut Mengenai PruBSN Ummah ..hubungi Kami Sekarang! 017-2817928

Thursday, March 10, 2011

Urus Wang Anda: PruBSN Ummah bantu tampung kos tunai haji

Picture
Pelan simpanan, insurans boleh selesai masalah di luar jangka
Azli Ayob
(azliayob@bharian.com.my)









PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN) melancarkan produk terbarunya, PruBSN Ummah, satu Pelan Takaful Keluarga pertama di pasaran yang memenuhi keperluan pelanggan untuk menunaikan haji selain mendapat perlindungan takaful dan simpanan serentak.

Ketua Eksekutif PruBSN, Azim Mithani, berkata pengenalan produk takaful inovatif itu menandakan komitmen berterusan syarikat itu kepada pelanggan bagi membolehkan mereka memenuhi keperluan berkenaan menerusi kaedah yang baru dan menarik.

"Salah satu daripada objektif khusus PruBSN Ummah adalah untuk membantu mengurangkan kos menunaikan haji bagi membolehkan bakal jemaah haji membahagikan kos menerusi penyediaan simpanan bagi melengkapkan simpanan Tabung Haji mereka," katanya pada majlis pelancaran produk terbaru itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Picture
Hadir sama, Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Bhd (ARB), Ahmad Saruji Abd Aziz.

Jelasnya kos menunaikan ibadat haji kian meningkat dari tahun ke tahun dan berdasarkan brosur Lembaga Urusan dan Tabung Haji, ia menelan belanja kira-kira RM10,000 untuk menunaikan ibadat haji bersama mereka.

Jumlah itu katanya akan berganda jika ia diuruskan oleh agensi pengurusan Haji yang lain.

Azim berkata, menerusi produk itu, pelanggan boleh membuat simpanan tambahan yang akan membantu mereka mencapai matlamat mereka dengan lebih cepat.

"Apabila tiba masanya untuk menunaikan haji atau umrah, peserta boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka pada bila-bila masa selepas tahun sijil kelima," katanya.

Selain kemudahan itu, PruBSN Ummah turut menyediakan manfaat lain kepada pelanggan yang didatangkan semuanya dalam satu produk. Ia merangkumi:

  • Badal haji (upah haji)
  • Ganjaran wang tunai kepada pelanggan setia
  • Jaminan kewangan terhadap kematian yang tidak dijangka dan hilang upaya kekal dan menyeluruh
  • Perlindungan terhadap penyakit kritikal, dan
  • Penulisan wasiat.

Selain itu, pelanggan setia yang membayar semua sumbangan mereka sepanjang tempoh takaful, akan diberi ganjaran oleh PruBSN menerusi bonus kesetiaan yang meningkat setara dengan sumbangan mereka.

Elaun haji juga adalah sebahagian daripada bonus kesetiaan itu.

Pelanggan juga boleh memilih untuk menggunakan elaun berkenaan bagi menambahkan perbelanjaan mereka atau menggunakannya untuk menjamin keperluan kewangan keluarga semasa mereka berada di Makkah.

Selain itu, selepas elaun haji itu dibayar kepada pelanggan, bonus kesetiaan akan terus meningkat selagi pelanggan tersu menjelaskan sumbangan mereka.

Satu lagi ciri unik PruBSN Ummah ialah ia membolehkan peserta mencapai niat mengerjakan haji jika mereka meninggal dunia dengan tiba-tiba atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh.

PruBSN Ummah akan membayar RM3,000 kepada penama yang dipilih oleh peserta atau kepada Tabung Haji Travel and Services untuk melaksanakan haji badal bagi pihak mereka.

Untuk memberi ketenangan minda kepada peserta, PruBSN Ummah akan membayar perlindungan berganda jika mereka meninggal dunia secara tiba-tiba atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menjalankan ibadat haji atau umrah.

Selain daripada manfaat takaful, keluarga mereka juga akan menerima manfaat tambahan khairat kematian berjumlah RM2,000 apabila peserta meninggal dunia.

Sebagai tambahan, peserta juga boleh meningkatkan pelan PruBSN Ummah mereka dengan 'rider Crisis Shield dan Contributor' yang akan menyediakan mereka dengan perlindungan komprehensif terhadap penyakit kritikal utama.

Dengan rider itu, peserta yang mengidap mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal yang dilindungi akan menerima jumlah perlindungan yang relevan sebagai bantuan kewangan untuk perubatan.

Sumbangan tahunan mereka juga dilindungi bagi memastikan mereka dapat terus menabung dan menikmati perlindungan yang diperlukan sepanjang tempoh takaful.

Sempena pelancaran PruBSN Ummah, PruBSN turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan ARB bagi menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat kepada peserta pelan yang dapat meningkatkan lagi nilai tambah produk itu.

Ahmad Saruji berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan PruBSN dalam aspek pemasaran dan menjual produk ARB terutamanya penyediaan wasiat bagi golongan beragama Islam dan bukan Islam.

"Wasiat adalah penting dalam pengurusan pusaka. Ia adalah sebahagian daripada perancangan kewangan. Adalah benar bahawa dengan mempunyai wasiat bukan suatu perkara yang muktamad, tetapi ia akan membantu dalam menyelesaikan pentadbiran hartanah," katanya.

PruBSN Ummah menyediakan satu keperluan perancangan istimewa kepada umat Islam yang merangkumi kira-kira 60 peratus daripada jumlah penduduk negara ini.

Azim berkata, produk yang direka khas itu akan membolehkan PruBSN menarik minat lebih ramai umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya masih belum mempunyai perlindungan takaful atau insurans.

"PruBSN Ummah adalah satu produk yang unggul dan menarik dengan ciri-ciri yang menggabungkan simpanan dan perlindungan dan pada masa yang sama membantu pelanggan memenuhi kewajipan mereka sebagai seorang Muslim.

"Ini adalah produk pertama di dalam pasaran yang menyediakan produk sebegini secara komprehensif," katanya.

Sasaran 60 peratus kakitangan pemasaran sepenuh masa 2012 PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN) kini dalam proses melahirkan lebih ramai ejen sepenuh masa bertujuan menguatkan lagi pasukan pemasaran produk takafulnya.

Ketua Pegawai Agensi PruBSN, Wan Mohd Zamzuri, berkata syarikat itu mensasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada ejennya terdiri daripada kakitangan pemasaran sepenuh masa menjelang 2012 berbanding kira-kira 30 peratus ketika ini.

Picture
Beliau berkata, langkah itu penting kerana ejen sepenuh masa dapat memberikan komitmen lebih tinggi dalam aspek pemasaran produk dan perkhidmatan pelanggan.

"Ejen sepenuh masa selalunya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kerana penjualan produk itu menjadi mata pencarian mereka," katanya dalam satu temubual bersama Berita Harian, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Wan Mohd Zamzuri berkata, ketika ini PruBSN mempunyai kira-kira 1,500 ejen di bawahnya tidak termasuk 7,500 ejen di bawah Prudential yang mempunyai lesen untuk mempromosikan produk takaful PruBSN.

Jelasnya lagi, di sebalik wujudnya pelbagai saluran pemasaran jenis baru seperti penjualan di internet atau 'tele-marketing', ejen masih memainkan peranan penting dalam aspek pemasaran produk insurans di negara ini.

Ketika ini, katanya, 95 peratus daripada jualan produk insurans individu di negara ini disumbangkan oleh saluran agensi.

"Masyarakat kita perlu mendengar penerangan daripada ejen dan yakin dengan penjelasan itu sebelum mereka membeli sesuatu produk insurans.

"Ini berbeza dengan pasaran di negara lebih maju seperti di Amerika Syarikat misalnya, yang mana orang membeli insurans di internet," katanya.

Beliau berkata, corak pembelian insurans menerusi ejen di negara ini dijangka berterusan untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Mengenai ejen PruBSN, Wan Mohd Zamzuri berkata, mereka akan diberikan latihan mencukupi dalam pelbagai aspek pemasaran merangkumi pengetahuan mengenai produk sehinggalah kepada aspek etika sebelum menjual produk.

Jelasnya lagi, PruBSN juga sedang berusaha mendapatkan lebih ramai graduan untuk menjadi ejen sepenuh masa dan menjadikan bidang perancangan kewangan di syarikat itu sebagai kerjaya mereka.

Selain itu, katanya, PruBSN turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen syarikat takaful itu menerusi Program Peluang Perniagaan (BOP) bersama PruBSN yang dianjurkan dari masa ke semasa.

"Orang ramai boleh menghadiri seminar BOP ini untuk mendapatkan maklumat peluang menjadi ejen kami," katanya.

Sumber :Berita Harian
URL:http://www.bharian.com.my/Adv/prubsnummah

Untuk Keterangan Lanjut Mengenai PruBSN Ummah ..hubungi Kami Sekarang! 017-2817928

Majlis Syariah PruBSN Takaful


Profiles of PruBSN's Shariah Committee (SC)PruBSN is currently under the advice and supervision of the following four prominent Shariah scholars specialized and experienced in various fields of contemporary Islamic knowledge and practice. They are: -


1. Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji AhmadSC Chairman Datuk Haji Mohd Nakhaie is currently the President of Islamic Dakwah Foundation of Malaysia . Graduated from Al-Azhar University in theology and philosophy, he also holds a master degree in Islamic history and civilization from Cairo University .
Experienced in youth and student's movement for more than 18 years, Datuk Nakhaie also has more than 20 years experience in politics specializing in political information. He also has actively involved in many intellectual and political seminars, conferences and talks in Malaysia and abroad since 1965 as student leader, political leader and social activist.
Datuk Nakhaie has written many articles on various areas of Islamic revealed knowledge in magazines and newspapers such as Islamic ethics, Islamic history and civilization, Islamic traditions in da'wah, ibadah and so on.

2. Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff HussainSC MemberBefore being a rector of Islamic College of Darul Ridzuan, Datuk Yusoff was a mufti of Federal Territory for 2 years. He was also a lecturer in Malaysian National University (UKM) for almost 30 years. He used to be the head of Department of Islamic theology and philosophy as well as the dean of faculty of Islamic studies.

3 . Dr. Mohd Fuad Md Sawari- A lecturer in International Islamic University Malaysia (IIUM) since 1996, Dr. Mohd Fuad is currently Chairman of Shariah Committee for Bank Simpanan Nasional. After completing his first degree in Islamic Academy, University Malaya in Syariah Faculty in 1991, he obtained his second degree from University of Amman , Jordan in 1995. In 2004 he acquired Ph.D in Fiqh and Usul Fiqh from International Islamic University Malaysia writing a thesis on E-Commerce between Islamic and Malaysian Law. He also has written several books in Islamic jurisprudence such as Introduction to Study in Fiqh and so on.

4. Ustaz Burhanuddin Lukman-His working experience begins as Assistant Lecturer in Kulliyyah of Laws of IIUM in 1993 after graduation from Islamic University of Madinah. Ustaz Burhan then pursued his study in University Al al-Bayt, Jordan until he secured his second degree in 2000. He also holds Shariah Lawyer Certificate from Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) in 2002.
Ustaz Burhan is currently a lecturer in Kulliyyah of Laws of IIUM since 2000 while being a member of Shariah Committee in Al-Rajhi Bank Malaysia . He speaks fluently 3 different languages besides his mother tongue mainly; Arabic, English and Mandarin.

PruBSN Ummah laksana haji badal bagi peserta tak sempat ke Mekah


Sumber: Berita Harian, 20hb November 2010

Daripada Fadl bin Abbas, seorang wanita dari Bani Khats’am berkata: “Wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya Allah sudah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?” Rasulullah SAW menjawab: Boleh.”

Orang Muslim yang hendak menunaikan badal haji perlu mengikuti syarat antaranya mereka terlebih dulu sudah menunaikan haji untuk diri sendiri dengan sempurna, hanya menunaikan haji untuk seorang saja pada satu-satu musim haji dan melakukan haji mengikut yang diamanahkan.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berkata: “Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah. Rasulullah SAW bertanya: “Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu? Ia menjawab: Belum. Baginda bersabda: Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah.”

Sebut saja amalan menunaikan haji untuk mereka yang sudah meninggal dunia serta yang hilang upaya kekal, boleh dikatakan semua umat Islam mengetahui mengenainya tetapi ada juga keliru apabila bertemu dan mendengar terma ‘haji badal’.

Prudential BSN Takaful Berhad yang menawarkan pelan takaful PruBSN Ummah sejak 3 November lalu menerima banyak pertanyaan mengenai badal haji yang termasuk dalam manfaat diterima peserta pelan takaful berkenaan.

Pegawai Syariah Prudential BSN Takaful Berhad, Mohammed Farouq Abdul Jalil, berkata badal yang bermakna ganti adalah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain yang layak menunaikan ibadat itu tetapi tidak berkemampuan disebabkan keuzuran atau sudah meninggal dunia.

Justeru katanya, bagi memenuhi niat peserta PruBSN Ummah yang menyimpan dengan pelan itu tetapi tidak kesampaian untuk menunaikan haji, hasrat itu akan ditunaikan melalui haji badal yang terangkum dalam manfaat pelan takaful PruBSN Ummah.

“Inilah keunikan pelan takaful PruBSN Ummah sebagai pelan komprehensif kerana selain faedah perlindungan, pelan ini turut mengambil kira tujuan asal peserta menabung iaitu untuk menunaikan haji dan umrah.

“Jika hasrat itu tidak tertunai kerana peserta meninggal dunia atau hilang upaya kekal, PruBSN Ummah tetap menyempurnakan niat mereka melalui haji badal yang akan dilakukan oleh pihak ketiga,” katanya.

Bagi peserta takaful yang sudah ke Tanah Suci untuk menunaikan haji tetapi tidak sempat menyempurnakannya dan perkara itu jelas dibuktikan, maka dia juga layak untuk mendapat faedah haji badal kerana manfaat itu masih tertakluk dalam pelan PruBSN Ummah.

Mohammed Farouq berkata, bagi memastikan niat menyempurnakan rukun Islam kelima itu terlaksana, badal haji akan dilaksanakan sama ada oleh penama yang dipilih peserta atau dengan kerjasama pihak ketiga iaitu Tabung Haji Travels and Services Sdn Bhd.

“Sementara itu, waris kepada jemaah yang meninggal dunia di Tanah Suci akan mendapat jumlah perlindungan dua kali ganda dan khairat kematian.
Selain menyimpan untuk tujuan ibadah, pelan ini turut memberi perhatian kepada kepentingan keluarga,” katanya.

Beliau berkata, melihat perkembangan semasa termasuk kos menunaikan haji yang tidak dapat dinafikan semakin meningkat, umat Islam khususnya golongan muda digalakkan menabung dari sekarang sebagai persediaan perancangan menunaikan haji.

Katanya, bagi tujuan itu mereka juga perlu bijak merancang kerana selain simpanan di Lembaga Urusan dan Tabung Haji (Tabung Haji), tidak rugi untuk yang memasang niat menyahut seruan Baitullah mempunyai simpanan sokongan yang menawarkan pelbagai manfaat.

“Kita juga galakkan yang menyertai pelan takaful PruBSN Ummah pergi menunaikan haji dalam tempoh berkenaan supaya mereka mendapat manfaat penuh yang ditawarkan pelan ini sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya.

PruBSN Ummah turut menawarkan penulisan wasiat dengan kerjasama AmanahRaya Berhad (AmanahRaya) sebagai perkhidmatan pilihan dengan kadar bayaran berpatutan bagi memudahkan pelanggan menguruskan harta/simpanan mereka.

PruBSN Ummah menawarkan pelan perlindungan dan simpanan untuk tempoh dari sepuluh tahun dengan kadar minimum RM50 sebulan.

Mereka yang berusia dari 19 hingga 60 tahun boleh menyertai pelan ini yang turut menyediakan perlindungan tambahan bagi penyakit kritikal.

Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada ejen Prudential BSN Takaful atau laman web www.prubsn.com.my

Untuk Keterangan Lanjut Mengenai PruBSN Ummah ..hubungi Kami Sekarang! 017-2817928


Monday, March 7, 2011

Prubsn Ummah – Semua Dalam SATU!

Setiap muslim dan muslimah pastinya mempunyai impian untuk melengkapkan rukun kelima Islam iaitu mengerjakan ibadah Haji. Namun, tidak semua mampu di mana akhirnya harapan hanya tinggal harapan dan impian terkubur begitu sahaja. Ini kerana salah satu faktor besar menyumbang kepada kegagalan mengerjakan haji adalah kekurangan dana untuk menampung kos mengerjakan haji yang kini mencecah RM10,000 seorang! Dan yang pastinya kos ini akan terus meningkat mengikut faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikannya seperti harga minyak dan lain-lain.


Untuk memenuhi harapan dan impian anda, maka lahirlah Prudential BSN Takaful Ummah. Kini dengan pelan yang dinamik iaitu semuanya diletakkan dalam satu pelan ini.

Apa Itu Prudential Bsn Takaful Ummah (PruBsn Ummah)?

Prudential Bsn Takaful Ummah (Prubsn Ummah) adalah satu pelan yang unik untuk membantu anda untuk merealisasikan impian dan harapan anda untuk ke tanah suci Mekah. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan untuk masa depan, malah ia membantu anda sebagai seorang muslim dan muslimah melalui ciri-ciri uniknya seperti elaun Haji, Badal haji, manfaat berganda dan penulisan wasiat Islam dan jika anda menyertai prudential bsn takaful ummah (prubsn ummah) anda mungkin melayakkan diri untuk menerima BONUS LOYALTI.

Manfaat-manfaat Prudential Bsn Takaful Ummah (pruBsn Ummah)


1- Manfaat Berganda akan dibayar sekiranya meninggal dunia atau hilang upaya kekal semasa menunaikan Haji/Umrah.

2- Sekiranya ajal anda cepat atau meninggal dunia sebelum dapat menunaikan haji atau anda disahkan hilang upaya kekal sebelum dapat menunaikan haji Kewajipan haji anda akan di tunaikan melalui Upah Haji.

3- Pengeluaran simpanan boleh dilakukan bagi menampung keperluan Haji anda.

4- Wang tunai tambahan bernilai RM 2,000 untuk manfaat khariat kematian.

5- Bonus Loyalti sebagai elaun haji.

6- Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal.

7- Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat islam.

Siapa Yang Layak Untuk Menyertainya?

Anda berumur di antara 19-60 tahun layak untuk menyertainya.

PruBsn Ummah Secara Ringkas

Panjang Umur ==> Keluarkan Simpanan untuk pergi menunaikan Haji.

Penyakit Kritikal ==>> Duit Rawatan diberikan + Sijil Percuma dan Keluarkan Simpanan Pergi Menunaikan Haji.

Meninggal Dunia ==> Jika Di Malaysia = Jumlah Perlindungan + baki simpanan + Upah haji (PruBSN Tanggung).

Meninggal Dunia Di Mekah ==>> 2 kali perlindungan + Baki Simpanan + Upah Haji

Secara Perbandingan…


Tabung Haji Bank/ASB PruBSN Ummah
Simpanan Ada Ada Ada
Rawatan Penyakit kritikal Tiada Tiada Ada
Badal Haji (Upah Haji) Tiada Tiada Percuma
Gantian pendapatan kepada keluarga Tiada Tiada Ada
Gantian pendapatan Hilang Upaya Tiada Tiada Ada
Khairiat Kematian (Pengebumian) Tiada Tiada Percuma
Bonus Loyalti Tiada Tiada Ada
Gantian Pendapatan Berganda Tiada Tiada Ada

Kelebihan-Kelebihan Lain PruBsn Ummah

  • Sara Hidup Diri Sendiri
  • Sara Hidup Keluarga
  • Simpanan Bertambah
  • Tabung Kecemasan (Untuk Rawatan)
  • Pengecualian Cukai ( Sehingga RM6,000)
  • Haji Terjamin
  • Dan Banyak Lagi!

Untuk Keterangan Lanjut Mengenai PruBSN Ummah .. hubungi Kami Sekarang! 017-2817928